Ahad, 15 Disember 2013

Testimoni Set Kecantikan Shaklee


Jom kita tengok testimoni-testimoni daripada customer yg telah memilih supplement Shaklee Set D...apa kata mereka?? apa keberkesanan yang mereka dah rasai?? jommmm layaaannnnzzzz.....................






































































Berminat??

hubungi saya
Azzah (ID:1076245)
sms/wassap 0126247358
http://www.facebook.com/vitaminsbeauty

Kulit licin,gebu dan cantik



Di kala ada kesempatan di waktu rehat ni...saya nak share tentang kecantikan kulit, bagaimana menjaga kulit wajah agar bersih berseri-seri dihadapan suami/bos/kengkawan =).

Kulit kita ada pelbagai jenis, ada yang normal dan ada pula yang berminyak. Kulit yang berminyak dan berjerawat sebenarnya adalah kerana pelbagai punca yang kita boleh lihat seperti :

* Kurang penjagaan kebersihan wajah
* Pemakanan yang tidak seimbang dan pengambilan makanan berminyak yang berlebihan
* Tidak meminum air masak secukupnya
* Pencuci muka dan product kecantikan yang tidak sesuai dengan kulit wajah
* Kulit wajah yang sensitif
* Hormon yang tidak sihat

Jerawat boleh dikawal dengan mudah jika seseorang itu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, mengambil minuman air kosong/masak yang secukupnya dan menggunakan product kecantikan yang bersesuaian dengan kulit wajah. Jika kulit wajah  yang sensitif dan mudah naik jerawat ditambah dengan pengambilan yang tidak bersesuaian dengan kulit boleh menyebabkan berlakunya masalah kulit wajah menjadi lebih teruk.



InsyaAllah, dengan penjagaan pemakanan dan yang lain terkawal.. dan pengambilan supplement yang bersesuaian boleh membantu dalam merawat kulit wajah. Kalau nak tahu, Shaklee ada jawapan untuk masalah kulit berjerawat dan mempunyai tompok hitam..








Vitamin B Compleks
 yang telah dilengkapkan dengan 8 B bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon selain ianya penting untuk pembinaan sel darah merah juga bertindak sebagai "spark plug" bagi menukarkan gula kepada tenagayang mencukupi.

Vitamin E sangat-sangat terkenal sebagai agen anti penuaan iaitu melambatkan proses penuaan. Selain antioksida yang terdapat didalamnya yang lebih hebat dari vitamin C, ia sangat bagus untuk mengelakkan abnormal sel daripada berlaku.

Vitamin C pula merupakan vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk antibodi, membantu dalam menganjalkan salur darah, kolagen, kecantikan dan untuk kesihatan yang lebih optimum.

Selain itu, amalan meminum air masak/ kosong/ dengan banyak dan secukupnya bergantung kepada berat badan kita amat membantu dalam proses penyerapanVitamin-vitamin yang kita ambil. Kurangkanlah pengambilan air manis atau yang tinggi kandungan gulanya agar penyerapan vitamin berlaku dengan baik dan lebih optimum.


Bagi mereka yang tiada masalah kulit dan kulit normal, pengambilan set D ini membantu anda kelihatan muda jelita.

Bagi yang berminat boleh hubungi saya ye:

Azzah (ID:1076245)
sms/wassap 0126247358
http://www.facebook.com/vitaminsbeauty

ESP Shaklee

Apakah itu  ESP Shaklee??

AssalamualaikumWBT..


Alhamdulillah, berkesempatan nak menulis disini sambil menyiapkan sedikit homework.. Walaupun sibuk bebenor tapi saya  tetap usahakan masa..

Apakah itu ESP Shaklee?



Keunikkan ESP Shaklee adalah kerana mengandungi bahan berikut berbanding produk protein soya yang berada dipasaran. Ini adalah kerana Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.


Jika anda nak tahu, Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia. So memang terserlahlah kebaikkan dan faedah serta uniknya Energing Soy Protein Shaklee. Jom kita share serba sedikit keunikkannya :

Kekal Muda 
– Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga dan sentiasa ceria dalam apa jua keadaan. Mesti seronokkan, merasa bertenaga selalu??

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajad
– Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. So kalau pengambilan yang dicadangkan diamalkan sebaiknya, insyaAllah dengan izin Allah kita semua sihat  tanpa penyakit yang tidak diingini.. mencegah sebelum parah lebih baik bukan.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki dan Rahim Perempuan
- genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat. InsyaAllah dapat membantu serba sedikit masalah kesukaran hamil. =)

Kulit berseri dan anjal 
– Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut. Yang ini semestinya bukan kaum hawa sahaja menggemarkannya, tetapi kaum adam pun tak kurang juga penjagaan kecantikan kulit.betul tak??

Pemberi tenaga segera 
– Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi 
– Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori 
– Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya. So kalau ada anak yang sedang membesar, nak dapatkan minda cergas boleh amalkan ESP =)


Kalau ada sesiapa berminat nak dapatkan esp bolehla hubungi saya ye:

Azzah (ID:1076245)
sms/wassap 0126247358
http://www.facebook.com/vitaminsbeauty




Cantik tanpa jerawat/jeragat

Rahsia Kulit Cantik Tanpa Jerawat/Jeragat.. Perlukan Vitamin E



Assalamualaikum...

Nak share sedikit info berkaitan Keperluan Vitamin E dalam tubuh badan. Kalau nak tahu semakin bertambah usia kita semakin banyaklah yang perlu kita jaga. So sebelum terlewat baiklah awal lagi kita menjaganya.

Bila usia meningkat sedikit demi sedikit dan kulit kita kerap terdedah dengan pancaran matahari dan juga cahaya lampu (ye.. cahaya lampu juga mengandungi sinar UV ye kengkawan) Jeragat yang seakan-akan tahi lalat akan tumbuh dimuka. Mungkin kita rasa owh, tahi lalat tumbuh baru.. sebenarnya tidak. Jeragat merupakan penyakit kulit yang tidak membahaya tetapi menjadikan kulit kita kusam dan tidak bermaya. Selain jeragat, kesan hitam di bahagian celah yang terselindung juga mudah terjadi sekiranya kekurangan Vitamin E dalam tubuh.

Selain dari penjagaan luaran seperti membersihkan wajah, penjagaan dalaman juga perlu untuk mengelakkan jeragat. Macamana caranya??? Dengan pengambilan supplimen tambahan vitamin E. Vitamin E sangat baik untuk mengelakkan jeragat atau kulit kusam.

So kat sini, umi nak cadangkan korang supaya mengambil vitamin E.. heheh.. Vitamin E ada banyak pengeluar vit E dan jangan sampai tersalah beli ditakuti memudaratkan diri. Pengambilan Vitamin E terbaik adalah dari Vitamin E semulajadi dan bukannya Sintetik. Nak tahu umi amik Vitamin E dari mana?? tentunya dari Shaklee kerana Shaklee sendiri sebagai pengeluar sentiasa membuat kajian bagi Vitamin E supaya hasilnya Optimum kepada pengamalnya dan terbaru Shaklee telah mengeluarkan Vitamin E dengan Formula terbarunya Vita-E Complex with Grape Seed Extract.




 Kebaikan Vitamin E Complex ini adalah:

  • Membantu kesihatan Otak, mata dan KULIT
  • Melambatkan proses PENUAAN
  • Menyinngkirkan RADIKAL bebas
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Mengurangkan radang (inflamatory)
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan
Kenapa Biji anggur digunakan oleh Shaklee bagi mengoptimumkan hasil Vitamin E kepada pengguna? Kerana didalam Biji anggur mempunyai Minyak yang dipanggil Oligomeric Proantho Cyanidin (OPC) yang lebih tulin berbanding fitonutrien yang lain


Apa itu OPC?

• OPC's ialah antioksida yang utama dan penting
• Bertindak melindungi tisu-tisu dan pelbagai kecederaan oksidatif
• Mempunyai kekuatan lebih 50 kali lebih daripada Vitamin E dan 18.4 kali lebih
kuat dari Vitamin C
• Menghalang dari radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel.
Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC merupakanbahan antioksida dan unsur
semulajadi penting yang terdapat di dalam biji anggur. OPC diklasifikasikan
dalam kumpulan polifenol yang terdiri daripada flavoid dan flavanol istimewa. Di
dalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak bertoksid. Di samping itu, OPC amat
kaya dengan protein terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama terhadap
pembentukan sel dan tisu. Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada
Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan,
berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur.
Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna.
Kadar dos penggunaan harian yang sesuai adalah antara 100 hingga 150 mg sehari.

Kalau nak tahu, Vitamin E Shaklee ni juga bole dibuat masker.. alhamdulillah... jimat lagi duit  tak payah beli masker plak hanya dengan Shaklee sahaja... Nak kulit cantik, kene la usahakan? Macam orang nak pandai, kena lah berisaha menelaah buku. Apakata kita jaga diri kita untuk suami, tak salah kan? Alhamdulillah, setakat ni saya makan, kulit kelihatan bermaya dan jeragat mulai kelam dan hilang warna kusam tu..


So kalau sesiapa yang nak amik suppliment kulit yang ringkas dan berbaloi, boleh la dapatkan Vitamin E Shaklee dari saya ye:.

Azzah (ID:1076245)
sms/whatssap 0126247358
http://www.facebook.com/vitaminsbeauty



Khamis, 12 Disember 2013

Tips Penjagaan Kulit Berjerawat

TIPS PENJAGAAN KECANTIKAN KULIT WAJAH


Salam jumaat semua...hehehehe nak share satu tips penjagaan kecantikan kulit wajah ehsan dari kawan kepada kawan...jom kita tengok!!


Saya adalah seorang lelaki yang mempunyai masalah kulit berjerawat dan berminyak sejak 8 tahun yang dahulu. Pelbagai sabun muka yang saya guna, pelbagai ubat saya makan dan pemakanan juga saya jaga, tapi masih tidak berkesan . Tetapi, kini saya telah mengetahui cara pemakanan (iaitu dengan pengambilan supplement) & tips penjagaan kulit muka berjerawat dan berminyak dengan cara yang betul. Kini, kulit wajah saya telah beransur pulih dengan cara yang saya amalkan untuk mengatasi masalah jerawat dan berminyak.



Tips Penjagaan Kulit Muka Berjerawat

1) Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun yang betul. Jangan basuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seeloknya, gunakan sabun muka jenis pengawalan minyak contohnya, Vaseline (Oil Control). 

2) Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera.

3) Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALIikan. (Terpulang kepada kulit individu contohnya, saya boleh makan kerang.)

4) Elakkan makanan seperti kacang tanah. (Bagi saya, saya tidak boleh makan kacang tanah, tetapi saya boleh makan kacang kuda, almond, gajus dan lain-lain. Ia terpulang kepada kulit individu.)

5) Elakkan daripada mengguna tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang lain atau tisu.

6) Mengamalkan 2 biji sehari Vitamin C 500mg. Ia sangat-sangat membantu masalah kulit muka berjerawat, berminyak dan resdung.




Owh baru le tahu yer tak. Tapi rasanya saya ok lagi kalau makan berpada-pada le semua tu. Kalau over hah.. Memang naik le jawabnya hehe. Tapi satu lagi yang saya dapat tahu kalau makan makanan yang pedas-pedas selalu sangat. Memang naik le cik jururawat kat muka ni. Tapi tu le kalau dah minat payah le sikit. Pedas pulak bukan sikit-sikit mana le jerawat tak menggila ehhehe. Tapi sekarang dalam peringkat nak perturunkan kepedasan perlahan-lahan heheh.





Memiliki kulit yang cantik, halus dan putih bersih tanpa secalit noda menjadi perhatian mata yang memandang. Apabila ketawa atau malu, serta-merta pipinya bertukar kemerah- merahan sekalipun tidak mengenakan pemerah pipi. Beruntunglah wanita yang memiliki kulit wajah cantik tanpa cela mahupun masalah. Tanpa perlu bersolek tebal, kejelitaan semula jadi terserlah hinggakan ramai menyangka dia lebih muda daripada usia sebenar.

Namun, tidak ramai di kalangan kita memiliki kulit sihat dan cantik. Meneruskan gaya hidup kurang sihat dan tidak tahu cara betul dalam penjagaan kulit wajah dan tubuh menyebabkan impian memiliki kulit cantik dan melambatkan proses penuaan cuma tinggal angan-angan. 

Jika wajah anda lebih muda daripada usia sebenar, ia dianggap bonus. Andai wajah bersesuaian dengan usia, ia masih boleh diterima tetapi sungguh mengecewakan apabila orang mengandaikan usia anda lebih tua disebabkan wajah yang cepat dimamah usia.

Kebanyakan wanita Asia memiliki kulit berminyak yang mudah mengundang jerawat. Kehadiran ‘tetamu’ tidak diundang itu bukan saja mencacatkan wajah, malah menimbulkan parut yang lambat pudar hingga terpaksa ditutup dengan solekan tebal. 

Bagi mereka yang memiliki kulit kering, masalah lain pula timbul. Walaupun tiada masalah jerawat atau tona kulit tidak sekata, kulit kering mudah kusam, berkedut atau jeragat jika tidak dijaga dengan baik.


 
Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Guru Ratnavelu, berkata penting untuk kita mengetahui beberapa perkara yang menjadi asas dalam usaha memastikan kulit sihat dan cantik serta melengahkan proses penuaan. Menurutnya, kulit berminyak akibat pengeluaran sebum secara berlebihan yang menjadi punca jerawat. Jerawat masalah biasa dialami, terutama di kalangan remaja yang akhir baligh, akibat perubahan hormon tubuh.

“Kulit wajah umpama belon. Ketika usia muda, ia dipenuhi udara. Apabila usia semakin tua, kulit umpama belon yang tiada angin, kendur atau hilang ketegangan.Ramai wanita prihatin dengan penjagaan kulit wajah dan tubuh. Jika boleh, mereka mahu kelihatan awet muda dan berusaha melambatkan proses penuaan,” katanya.

Ini berbeza dengan golongan remaja yang kurang mengambil berat penjagaan diri, kecuali dinasihatkan ibu bapa supaya berbuat demikian. Namun, mereka mula mengambil berat penjagaan kebersihan diri dan wajah apabila mula berkawan dengan berlainan jantina.

“Mereka mahu kelihatan menarik dan meminta pandangan ibu bapa atau doktor mengenai apa patut dilakukan untuk penjagaan diri dan wajah. Bagi menjaga kesihatan kulit tubuh dan wajah, kita perlu selalu membersihkan diri dan wajah,”katanya.

 
Dr Guru berkata, di negara bercuaca panas seperti Malaysia, tabiat mencuci muka perlu diamalkan bagi mengatasi masalah kulit berminyak. Dalam membantu menjaga dan mengekalkan kulit sihat, krim pelindung matahari perlu disapu pada wajah bagi mengelak ia menjadi gelap dan kusam apabila terdedah secara langsung dengan sinaran matahari.

“Krim pelindung matahari SPF 50 sesuai digunakan untuk mereka yang sering berada di luar, misalnya bersukan, makan angin atau ketika di tepi pantai, manakala SPF 30 untuk mereka yang bekerja di dalam pejabat. Sesetengah krim pelindung matahari mempunyai minyak mineral yang membuatkan masalah jerawat bertambah buruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat dinasihatkan tidak menggunakan krim pelindung matahari yang mempunyai kandungan minyak mineral. Ketika membeli produk di kedai barangan penjagaan diri, cari krim pelindung matahari yang tertulis ‘noncomedogenic’ iaitu istilah digunakan untuk krim atau losyen yang tidak menyekat liang roma,” katanya.

Penuaan intrinsik ialah kesan penuaan kulit dipengaruhi faktor dalaman fisiologi atau perubahan mengikut usia manakala penuaan ekstrinsik adalah proses kemerosotan disebabkan faktor luaran seperti radiasi, pendedahan cahaya matahari dan bahan kimia.

“Untuk mengetahui kesan penuaan intrinsik, perhatikan bawah lengan kita kerana kulit berkenaan biasanya cerah, licin dan lembut berbanding pada belakang tangan yang kering dan berkedut kerana terdedah kepada cahaya matahari. Petani lebih mudah mengalami kesan penuaan ekstrinsik melalui pendedahan cahaya matahari, menyebabkan kulit mereka kering dan berkedut. Pendedahan secara langsung kepada cahaya matahari banyak menyebabkan perubahan pada wajah, sebab itu kebanyakan petani memakai topi lebar dan baju lengan panjang. Di Australia, kejadian kanser kulit tinggi kerana mereka gemar berjemur di bawah sinaran matahari bagi mendapatkan kulit lebih gelap,” katanya.

Katanya, orang Asia nampak lebih muda daripada orang putih (Caucasus). Tabiat mat salih yang suka terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan kerosakan kulit.

“Tambahan pula, jumlah melanin orang Asia yang lebih banyak menjadikan kulit lebih gelap berbanding orang putih, menyebabkan kita lebih tahan cahaya matahari. Untuk mengekalkan kulit cantik dan meremajakan kulit dari dalam, amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang atau pengambilan supplement semulajadi dan lebihkan buah-buahan. Kekalkan kecergasan tubuh dengan bersenam dan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Orang Asia banyak mengambil makanan mengandungi karbohidrat, makanan menggemukkan dan berminyak. Ia tidak bagus untuk kesihatan dan jika mahu kekal sihat dan nampak muda, gaya hidup dan pemakanan perlu diubah."

“Elakkan stres, bersenam setiap hari dan tidur enam hingga lapan jam sehari. Mengurangkan pengambilan makanan berlemak dapat mengurangkan masalah sakit jantung. Ketika tidur malam, sapu pelembap antioksidan yang diperkaya dengan vitamin. Tidur malam ialah waktu terbaik untuk menyerap kandungan aktif pada produk penjagaan kulit."

“Bersenam setiap hari biarpun cuma untuk waktu singkat, membantu anda mencapai impian memiliki tubuh sihat dan bertenaga. Senaman secara rutin membolehkan peredaran darah menjadi lebih lancar dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda,” 
katanya.


Menurutnya, pengambilan minuman beralkohol dan merokok perlu dielakkan kerana tidak baik untuk kulit, mulut dan gigi. Merokok membuatkan seseorang nampak lebih tua daripada usia sebenar. Bagi yang tidak merokok (perokok pasif), elakkan pendedahan pada asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi mempunyai risiko dua kali ganda untuk mendapat penyakit berbanding mereka yang merokok.

“Indeks jisim tubuh (BMI) perlu dikekalkan pada tahap ideal. Sebilangan kita suka makan banyak walaupun sudah kenyang, terutama ketika berjamu secara bufet. Ini menyebabkan faktor berat badan berlebihan. Sebaik- baiknya kita makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang,” katanya. 

Supplement Semulajadi Shaklee Bagi Atasi Masalah Jerawat



Kecantikan Kulit Dari Dalam**__**

Penggunaan bahan semula jadi antara produk terbaik bagi memastikan kesihatan kulit sentiasa terpelihara.

Sama ada kulit wajah atau badan, amat penting untuk memberi keutamaan kepada proses penjagaan dan kebersihannya. 
Berikut beberapa panduan untuk menjaga kecantikan kulit tanpa perlu menjadikan bahan kimia sebagai bahan utama rejim harian kecantikan kulit. Antaranya: 
Tomato 
Tomato boleh digunakan untuk melicinkan kulit. 

Cara penggunaannya mudah iaitu memarut tomato, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. 

Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit kemudian bersihkan menggunakan air suam. Amalkan setiap hari untuk hasil lebih memuaskan. 


Serbuk kulit kayu manis dan bedak sejuk. 

Serbuk kulit kayu manis dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air untuk menghilangkan jerawat. 

Sapu campuran itu pada muka sebelum tidur dan jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka kelihatan lebih licin berseri. 


Kulit pisang 

Bagi menghilangkan parut, cuba gunakan kulit pisang emas. 

Sapukan kulit pisang pada bekas parut yang kelihatan dan lakukan setiap hari hingga kesan terbabit hilang. 


Madu dan serbuk kayu manis. 

Untuk menghasilkan masker ringkas bagi mengatasi masalah jerawat, bahannya amat ringkas iaitu tiga sudu madu dan satu sudu serbuk kayu manis. 

Gaulkan madu bersama serbuk kayu manis hingga sebati dan sapukan pada wajah sebelum tidur. Keesokan harinya basuh muka menggunakan air suam. Amalkan setiap hari selama dua minggu, kesannya jerawat hilang dan kulit wajah menjadi lebih mulus dan licin. 


Beras, kunyit dan daun cekur. 

Bagi memperoleh bau badan segar pula, panduan berikut boleh dicuba: 

Ambil semangkuk beras, 3 sentimeter kunyit serta lima helai daun cekur. Tumbuk hingga 3/4 hancur.

Untuk menggunakannya, basahkan badan kemudian sapukan bahan tumbuk itu ke seluruh badan. Biarkan seketika hingga separuh kering. 

Gosok badan yang dilumur dengan bahan tadi hingga tertanggal semua daki dan sel mati. 


Daun pandan. 

Ambil daun pandan kemudian kisar halus. Jangan buang hampasnya sebaliknya gunakan bahan berkenaan untuk dijadikan alat menggosok badan. 

Campur air pandan bersama air mandi dalam tab mandi. Berendam dalam air pandan sambil menggosok seluruh badan.

Tapi kan...ada ke masa kita nak buat semua tu?? bagi yang bekerja macam saya rasanya tak sempat nak prepare tuk mencantikkan kulit dengan bahan-bahan semulajadi tu...jd, sy membuat keputusan untuk menelan saja supplement dari Shaklee...ianya juga dari bahan semulajadi dan tidak ada risiko.

Senang saja cuma amik sekali sehari dan amat-amatlah menjimatkan.  Jom tengok supplement yang saya ambil:



jika kawan-kawan nak cuba leh bgtau saya ye :)
Tentang cara nak makan dan masa makan serta konsultasi percuma juga akan diberikan 
Hubungi saya:
Azzah (ID:1076245)
sms/wassap 0126247358

Jerawat!!!

PRODUK UTK JERAWAT




GLA - pulihkan kulit rosak






Vita E - hilangkan parut
B complex - penyebab jerawat adalah kurang B6


Vitalea - chromium bantu metabolisma gula. metabolisma gula yang tak stabil sebabkan jerawat.


Zinc - mengurang & mencegah jerawat, memulihkan kesan-kesan luka akibat jerawat





Nak ke cuba supplement ni??
jangan segan-segan utk hubungi saya ye...konsultasi untuk anda juga diberikan secara PERCUMA **__**

Azzah (ID:1076245)
sms/wassap 0126247358


Rabu, 4 Disember 2013

JAGALAH JANTUNG ANDA

JAGALAH JANTUNG ANDA



Adakah jantung anda sihat?? Ramai yang mengambil mudah akan keadaan jantung mereka sehinggalah diserang Penyakit Jantung Koronari (CHD) atau Penyakit Kardiovaskular (CVD) yang ada kalanya berlaku pada usia muda.

"Sekitar 55 peratus yang diserang CHD di Malaysia berusia bawah 60 tahun. Ada yang berusia kira-kira 40 tahun dan mereka tidak mempunyai sebarang simptom klinikal seperti tidak selesa atau ketat pada bahagian dada atau senak", kata Ketua Bahagian Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad.

KEJAHILAN DALAM PENJAGAAN JANTUNG

Jika hasil kajian ini dijadikan sandaran, kebanyakan rakyat Malaysia bersikap reaktif dan bukan pro-aktif dalam soal CHD dan CVD. Hasil soalan yang dikemukakan kepada lebih 400 pesakit jantung mendapati 73 peratus daripada responden tidak melakukan ujian kesihatan jantung secara kerap sebelum diberitahu mengalami penyakit itu.

APA YANG PERLU DIKETAHUI

CHD adalah jenis penyakit jantung yang paling biasa memberi kesan kepada jantung termasuk keadaan seperti 'Myocardial Infarction' (serangan jantung) dan Arrhythmia (degupan jantung yang tidak tetap). Sementara itu, CVD merujuk kepada mana-mana penyakit yang memberi kesan kepada sistem kardiovaskular terutama 'aneurysm', penyakit vascular otak dan buah pinggang, dan penyakit arteri periferal (peripheral arterial diseases).

Menurut Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2011, CVD adalah pembunuh nombor satu yang menyumbang kepada lebih 25 peratus kadar kematian di hospital Malaysia pada 2010. Punca CVD adalah berbeza dan ini termasuk yang paling biasa iaitu 'Arteriosclerosis' (dinding arteri menebal berpunca daripada pengumpulan bahan lemak) dan hipertensi. Menurut Prof Dr Wan Azman, juga editor laporan tahunan CVD0ACS Kebangsaan 2009 dan 2010 (Sindrom Penyakit KardioVaskular - Koronari Akut Kebangsaan), hasil mortaliti menunjukkan rakyat Malaysia semakin perlu diberi lebih kesedaran mengenai CVD.

JUSTERU ITU Shaklee memperkenalkan produk terbaik iaitu COQ Health Plus dan juga Omega Guard.  Apa fungsi COQ Health Plus dan Omega Guard ini?? Jom kita tengok...



Apakah CoQ10 Dan Peranannya


CoQ10 adalah nutrien larut lemak yang ditemui secara semulajadi dalam setiap sel tubuh kita untuk fungsi sel yang baik. Terutama pada organ-organ yang bekerja keras seperti jantung, hati, pankreas dan buah pinggang.

Ia bertindak umpama spark plug bagi sel untuk menukarkan makanan kepada tenaga untuk fungsi sel. Sel tubuh kita membakar gula dan lemak daripada makanan, dan CoQ10 diperlukan dalam proses ini. Proses penghasilan tenaga inilah yang membolehkan jantung berdegup dan organ-organ lain berfungsi.

CoQ10 membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah sekaligus memperbaiki aliran darah. Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi arteri daripada pengoksidaan kolestrol LDL yang menyebabkan penyumbatan salur darah


Keistimewaan CoQ10 Shaklee Berbanding Jenama Lain

CoQ10 Shaklee ataupun CoQHealth Plus Shaklee adalah bersifat semulajadi, tiada bahan sintetik, kimia mahupun dadah selain ia juga diperkaya dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau.


Faedah CoQ10 Terhadap Kesihatan

1) Untuk Kesihatan Jantung
- Rawatan dan pencegahan penyakit kardiovaskular termasuk arterioklerosis (arteri tersumbat)
- Mengurangkan kekerapan 'angina episode' dan menguatkan otot jantung
- Menstabilkan tekanan darah pada pesakit dengan tekanan darah tinggi

Apakah Omega Guard dan Peranannya


Pesakit jantung: Ia Mencairkan darah, mengurangkan sehingga 30% risiko kematian kepada pesakit jantung.


Jika anda mempunyai pertanyaan dan juga konsultasi dari saya, bolehlah menghubungi saya :

Azzah (ID:1076245)
sms/wassap 012-6247358