Khamis, 12 Disember 2013

Kecantikan Kulit Dari Dalam**__**

Penggunaan bahan semula jadi antara produk terbaik bagi memastikan kesihatan kulit sentiasa terpelihara.

Sama ada kulit wajah atau badan, amat penting untuk memberi keutamaan kepada proses penjagaan dan kebersihannya. 
Berikut beberapa panduan untuk menjaga kecantikan kulit tanpa perlu menjadikan bahan kimia sebagai bahan utama rejim harian kecantikan kulit. Antaranya: 
Tomato 
Tomato boleh digunakan untuk melicinkan kulit. 

Cara penggunaannya mudah iaitu memarut tomato, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. 

Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit kemudian bersihkan menggunakan air suam. Amalkan setiap hari untuk hasil lebih memuaskan. 


Serbuk kulit kayu manis dan bedak sejuk. 

Serbuk kulit kayu manis dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air untuk menghilangkan jerawat. 

Sapu campuran itu pada muka sebelum tidur dan jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka kelihatan lebih licin berseri. 


Kulit pisang 

Bagi menghilangkan parut, cuba gunakan kulit pisang emas. 

Sapukan kulit pisang pada bekas parut yang kelihatan dan lakukan setiap hari hingga kesan terbabit hilang. 


Madu dan serbuk kayu manis. 

Untuk menghasilkan masker ringkas bagi mengatasi masalah jerawat, bahannya amat ringkas iaitu tiga sudu madu dan satu sudu serbuk kayu manis. 

Gaulkan madu bersama serbuk kayu manis hingga sebati dan sapukan pada wajah sebelum tidur. Keesokan harinya basuh muka menggunakan air suam. Amalkan setiap hari selama dua minggu, kesannya jerawat hilang dan kulit wajah menjadi lebih mulus dan licin. 


Beras, kunyit dan daun cekur. 

Bagi memperoleh bau badan segar pula, panduan berikut boleh dicuba: 

Ambil semangkuk beras, 3 sentimeter kunyit serta lima helai daun cekur. Tumbuk hingga 3/4 hancur.

Untuk menggunakannya, basahkan badan kemudian sapukan bahan tumbuk itu ke seluruh badan. Biarkan seketika hingga separuh kering. 

Gosok badan yang dilumur dengan bahan tadi hingga tertanggal semua daki dan sel mati. 


Daun pandan. 

Ambil daun pandan kemudian kisar halus. Jangan buang hampasnya sebaliknya gunakan bahan berkenaan untuk dijadikan alat menggosok badan. 

Campur air pandan bersama air mandi dalam tab mandi. Berendam dalam air pandan sambil menggosok seluruh badan.

Tapi kan...ada ke masa kita nak buat semua tu?? bagi yang bekerja macam saya rasanya tak sempat nak prepare tuk mencantikkan kulit dengan bahan-bahan semulajadi tu...jd, sy membuat keputusan untuk menelan saja supplement dari Shaklee...ianya juga dari bahan semulajadi dan tidak ada risiko.

Senang saja cuma amik sekali sehari dan amat-amatlah menjimatkan.  Jom tengok supplement yang saya ambil:



jika kawan-kawan nak cuba leh bgtau saya ye :)
Tentang cara nak makan dan masa makan serta konsultasi percuma juga akan diberikan 
Hubungi saya:
Azzah (ID:1076245)
sms/wassap 0126247358

Tiada ulasan:

Catat Ulasan