Khamis, 12 Disember 2013

Tips Penjagaan Kulit Berjerawat

TIPS PENJAGAAN KECANTIKAN KULIT WAJAH


Salam jumaat semua...hehehehe nak share satu tips penjagaan kecantikan kulit wajah ehsan dari kawan kepada kawan...jom kita tengok!!


Saya adalah seorang lelaki yang mempunyai masalah kulit berjerawat dan berminyak sejak 8 tahun yang dahulu. Pelbagai sabun muka yang saya guna, pelbagai ubat saya makan dan pemakanan juga saya jaga, tapi masih tidak berkesan . Tetapi, kini saya telah mengetahui cara pemakanan (iaitu dengan pengambilan supplement) & tips penjagaan kulit muka berjerawat dan berminyak dengan cara yang betul. Kini, kulit wajah saya telah beransur pulih dengan cara yang saya amalkan untuk mengatasi masalah jerawat dan berminyak.



Tips Penjagaan Kulit Muka Berjerawat

1) Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun yang betul. Jangan basuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seeloknya, gunakan sabun muka jenis pengawalan minyak contohnya, Vaseline (Oil Control). 

2) Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera.

3) Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALIikan. (Terpulang kepada kulit individu contohnya, saya boleh makan kerang.)

4) Elakkan makanan seperti kacang tanah. (Bagi saya, saya tidak boleh makan kacang tanah, tetapi saya boleh makan kacang kuda, almond, gajus dan lain-lain. Ia terpulang kepada kulit individu.)

5) Elakkan daripada mengguna tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang lain atau tisu.

6) Mengamalkan 2 biji sehari Vitamin C 500mg. Ia sangat-sangat membantu masalah kulit muka berjerawat, berminyak dan resdung.




Owh baru le tahu yer tak. Tapi rasanya saya ok lagi kalau makan berpada-pada le semua tu. Kalau over hah.. Memang naik le jawabnya hehe. Tapi satu lagi yang saya dapat tahu kalau makan makanan yang pedas-pedas selalu sangat. Memang naik le cik jururawat kat muka ni. Tapi tu le kalau dah minat payah le sikit. Pedas pulak bukan sikit-sikit mana le jerawat tak menggila ehhehe. Tapi sekarang dalam peringkat nak perturunkan kepedasan perlahan-lahan heheh.





Memiliki kulit yang cantik, halus dan putih bersih tanpa secalit noda menjadi perhatian mata yang memandang. Apabila ketawa atau malu, serta-merta pipinya bertukar kemerah- merahan sekalipun tidak mengenakan pemerah pipi. Beruntunglah wanita yang memiliki kulit wajah cantik tanpa cela mahupun masalah. Tanpa perlu bersolek tebal, kejelitaan semula jadi terserlah hinggakan ramai menyangka dia lebih muda daripada usia sebenar.

Namun, tidak ramai di kalangan kita memiliki kulit sihat dan cantik. Meneruskan gaya hidup kurang sihat dan tidak tahu cara betul dalam penjagaan kulit wajah dan tubuh menyebabkan impian memiliki kulit cantik dan melambatkan proses penuaan cuma tinggal angan-angan. 

Jika wajah anda lebih muda daripada usia sebenar, ia dianggap bonus. Andai wajah bersesuaian dengan usia, ia masih boleh diterima tetapi sungguh mengecewakan apabila orang mengandaikan usia anda lebih tua disebabkan wajah yang cepat dimamah usia.

Kebanyakan wanita Asia memiliki kulit berminyak yang mudah mengundang jerawat. Kehadiran ‘tetamu’ tidak diundang itu bukan saja mencacatkan wajah, malah menimbulkan parut yang lambat pudar hingga terpaksa ditutup dengan solekan tebal. 

Bagi mereka yang memiliki kulit kering, masalah lain pula timbul. Walaupun tiada masalah jerawat atau tona kulit tidak sekata, kulit kering mudah kusam, berkedut atau jeragat jika tidak dijaga dengan baik.


 
Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Guru Ratnavelu, berkata penting untuk kita mengetahui beberapa perkara yang menjadi asas dalam usaha memastikan kulit sihat dan cantik serta melengahkan proses penuaan. Menurutnya, kulit berminyak akibat pengeluaran sebum secara berlebihan yang menjadi punca jerawat. Jerawat masalah biasa dialami, terutama di kalangan remaja yang akhir baligh, akibat perubahan hormon tubuh.

“Kulit wajah umpama belon. Ketika usia muda, ia dipenuhi udara. Apabila usia semakin tua, kulit umpama belon yang tiada angin, kendur atau hilang ketegangan.Ramai wanita prihatin dengan penjagaan kulit wajah dan tubuh. Jika boleh, mereka mahu kelihatan awet muda dan berusaha melambatkan proses penuaan,” katanya.

Ini berbeza dengan golongan remaja yang kurang mengambil berat penjagaan diri, kecuali dinasihatkan ibu bapa supaya berbuat demikian. Namun, mereka mula mengambil berat penjagaan kebersihan diri dan wajah apabila mula berkawan dengan berlainan jantina.

“Mereka mahu kelihatan menarik dan meminta pandangan ibu bapa atau doktor mengenai apa patut dilakukan untuk penjagaan diri dan wajah. Bagi menjaga kesihatan kulit tubuh dan wajah, kita perlu selalu membersihkan diri dan wajah,”katanya.

 
Dr Guru berkata, di negara bercuaca panas seperti Malaysia, tabiat mencuci muka perlu diamalkan bagi mengatasi masalah kulit berminyak. Dalam membantu menjaga dan mengekalkan kulit sihat, krim pelindung matahari perlu disapu pada wajah bagi mengelak ia menjadi gelap dan kusam apabila terdedah secara langsung dengan sinaran matahari.

“Krim pelindung matahari SPF 50 sesuai digunakan untuk mereka yang sering berada di luar, misalnya bersukan, makan angin atau ketika di tepi pantai, manakala SPF 30 untuk mereka yang bekerja di dalam pejabat. Sesetengah krim pelindung matahari mempunyai minyak mineral yang membuatkan masalah jerawat bertambah buruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat dinasihatkan tidak menggunakan krim pelindung matahari yang mempunyai kandungan minyak mineral. Ketika membeli produk di kedai barangan penjagaan diri, cari krim pelindung matahari yang tertulis ‘noncomedogenic’ iaitu istilah digunakan untuk krim atau losyen yang tidak menyekat liang roma,” katanya.

Penuaan intrinsik ialah kesan penuaan kulit dipengaruhi faktor dalaman fisiologi atau perubahan mengikut usia manakala penuaan ekstrinsik adalah proses kemerosotan disebabkan faktor luaran seperti radiasi, pendedahan cahaya matahari dan bahan kimia.

“Untuk mengetahui kesan penuaan intrinsik, perhatikan bawah lengan kita kerana kulit berkenaan biasanya cerah, licin dan lembut berbanding pada belakang tangan yang kering dan berkedut kerana terdedah kepada cahaya matahari. Petani lebih mudah mengalami kesan penuaan ekstrinsik melalui pendedahan cahaya matahari, menyebabkan kulit mereka kering dan berkedut. Pendedahan secara langsung kepada cahaya matahari banyak menyebabkan perubahan pada wajah, sebab itu kebanyakan petani memakai topi lebar dan baju lengan panjang. Di Australia, kejadian kanser kulit tinggi kerana mereka gemar berjemur di bawah sinaran matahari bagi mendapatkan kulit lebih gelap,” katanya.

Katanya, orang Asia nampak lebih muda daripada orang putih (Caucasus). Tabiat mat salih yang suka terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan kerosakan kulit.

“Tambahan pula, jumlah melanin orang Asia yang lebih banyak menjadikan kulit lebih gelap berbanding orang putih, menyebabkan kita lebih tahan cahaya matahari. Untuk mengekalkan kulit cantik dan meremajakan kulit dari dalam, amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang atau pengambilan supplement semulajadi dan lebihkan buah-buahan. Kekalkan kecergasan tubuh dengan bersenam dan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Orang Asia banyak mengambil makanan mengandungi karbohidrat, makanan menggemukkan dan berminyak. Ia tidak bagus untuk kesihatan dan jika mahu kekal sihat dan nampak muda, gaya hidup dan pemakanan perlu diubah."

“Elakkan stres, bersenam setiap hari dan tidur enam hingga lapan jam sehari. Mengurangkan pengambilan makanan berlemak dapat mengurangkan masalah sakit jantung. Ketika tidur malam, sapu pelembap antioksidan yang diperkaya dengan vitamin. Tidur malam ialah waktu terbaik untuk menyerap kandungan aktif pada produk penjagaan kulit."

“Bersenam setiap hari biarpun cuma untuk waktu singkat, membantu anda mencapai impian memiliki tubuh sihat dan bertenaga. Senaman secara rutin membolehkan peredaran darah menjadi lebih lancar dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda,” 
katanya.


Menurutnya, pengambilan minuman beralkohol dan merokok perlu dielakkan kerana tidak baik untuk kulit, mulut dan gigi. Merokok membuatkan seseorang nampak lebih tua daripada usia sebenar. Bagi yang tidak merokok (perokok pasif), elakkan pendedahan pada asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi mempunyai risiko dua kali ganda untuk mendapat penyakit berbanding mereka yang merokok.

“Indeks jisim tubuh (BMI) perlu dikekalkan pada tahap ideal. Sebilangan kita suka makan banyak walaupun sudah kenyang, terutama ketika berjamu secara bufet. Ini menyebabkan faktor berat badan berlebihan. Sebaik- baiknya kita makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang,” katanya. 

Supplement Semulajadi Shaklee Bagi Atasi Masalah Jerawat



Kecantikan Kulit Dari Dalam**__**

Penggunaan bahan semula jadi antara produk terbaik bagi memastikan kesihatan kulit sentiasa terpelihara.

Sama ada kulit wajah atau badan, amat penting untuk memberi keutamaan kepada proses penjagaan dan kebersihannya. 
Berikut beberapa panduan untuk menjaga kecantikan kulit tanpa perlu menjadikan bahan kimia sebagai bahan utama rejim harian kecantikan kulit. Antaranya: 
Tomato 
Tomato boleh digunakan untuk melicinkan kulit. 

Cara penggunaannya mudah iaitu memarut tomato, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. 

Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit kemudian bersihkan menggunakan air suam. Amalkan setiap hari untuk hasil lebih memuaskan. 


Serbuk kulit kayu manis dan bedak sejuk. 

Serbuk kulit kayu manis dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air untuk menghilangkan jerawat. 

Sapu campuran itu pada muka sebelum tidur dan jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka kelihatan lebih licin berseri. 


Kulit pisang 

Bagi menghilangkan parut, cuba gunakan kulit pisang emas. 

Sapukan kulit pisang pada bekas parut yang kelihatan dan lakukan setiap hari hingga kesan terbabit hilang. 


Madu dan serbuk kayu manis. 

Untuk menghasilkan masker ringkas bagi mengatasi masalah jerawat, bahannya amat ringkas iaitu tiga sudu madu dan satu sudu serbuk kayu manis. 

Gaulkan madu bersama serbuk kayu manis hingga sebati dan sapukan pada wajah sebelum tidur. Keesokan harinya basuh muka menggunakan air suam. Amalkan setiap hari selama dua minggu, kesannya jerawat hilang dan kulit wajah menjadi lebih mulus dan licin. 


Beras, kunyit dan daun cekur. 

Bagi memperoleh bau badan segar pula, panduan berikut boleh dicuba: 

Ambil semangkuk beras, 3 sentimeter kunyit serta lima helai daun cekur. Tumbuk hingga 3/4 hancur.

Untuk menggunakannya, basahkan badan kemudian sapukan bahan tumbuk itu ke seluruh badan. Biarkan seketika hingga separuh kering. 

Gosok badan yang dilumur dengan bahan tadi hingga tertanggal semua daki dan sel mati. 


Daun pandan. 

Ambil daun pandan kemudian kisar halus. Jangan buang hampasnya sebaliknya gunakan bahan berkenaan untuk dijadikan alat menggosok badan. 

Campur air pandan bersama air mandi dalam tab mandi. Berendam dalam air pandan sambil menggosok seluruh badan.

Tapi kan...ada ke masa kita nak buat semua tu?? bagi yang bekerja macam saya rasanya tak sempat nak prepare tuk mencantikkan kulit dengan bahan-bahan semulajadi tu...jd, sy membuat keputusan untuk menelan saja supplement dari Shaklee...ianya juga dari bahan semulajadi dan tidak ada risiko.

Senang saja cuma amik sekali sehari dan amat-amatlah menjimatkan.  Jom tengok supplement yang saya ambil:



jika kawan-kawan nak cuba leh bgtau saya ye :)
Tentang cara nak makan dan masa makan serta konsultasi percuma juga akan diberikan 
Hubungi saya:
Azzah (ID:1076245)
sms/wassap 0126247358

Jerawat!!!

PRODUK UTK JERAWAT




GLA - pulihkan kulit rosak






Vita E - hilangkan parut
B complex - penyebab jerawat adalah kurang B6


Vitalea - chromium bantu metabolisma gula. metabolisma gula yang tak stabil sebabkan jerawat.


Zinc - mengurang & mencegah jerawat, memulihkan kesan-kesan luka akibat jerawat





Nak ke cuba supplement ni??
jangan segan-segan utk hubungi saya ye...konsultasi untuk anda juga diberikan secara PERCUMA **__**

Azzah (ID:1076245)
sms/wassap 0126247358