Ahad, 15 Disember 2013

Testimoni Set Kecantikan Shaklee


Jom kita tengok testimoni-testimoni daripada customer yg telah memilih supplement Shaklee Set D...apa kata mereka?? apa keberkesanan yang mereka dah rasai?? jommmm layaaannnnzzzz.....................






































































Berminat??

hubungi saya
Azzah (ID:1076245)
sms/wassap 0126247358
http://www.facebook.com/vitaminsbeauty

Kulit licin,gebu dan cantik



Di kala ada kesempatan di waktu rehat ni...saya nak share tentang kecantikan kulit, bagaimana menjaga kulit wajah agar bersih berseri-seri dihadapan suami/bos/kengkawan =).

Kulit kita ada pelbagai jenis, ada yang normal dan ada pula yang berminyak. Kulit yang berminyak dan berjerawat sebenarnya adalah kerana pelbagai punca yang kita boleh lihat seperti :

* Kurang penjagaan kebersihan wajah
* Pemakanan yang tidak seimbang dan pengambilan makanan berminyak yang berlebihan
* Tidak meminum air masak secukupnya
* Pencuci muka dan product kecantikan yang tidak sesuai dengan kulit wajah
* Kulit wajah yang sensitif
* Hormon yang tidak sihat

Jerawat boleh dikawal dengan mudah jika seseorang itu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, mengambil minuman air kosong/masak yang secukupnya dan menggunakan product kecantikan yang bersesuaian dengan kulit wajah. Jika kulit wajah  yang sensitif dan mudah naik jerawat ditambah dengan pengambilan yang tidak bersesuaian dengan kulit boleh menyebabkan berlakunya masalah kulit wajah menjadi lebih teruk.



InsyaAllah, dengan penjagaan pemakanan dan yang lain terkawal.. dan pengambilan supplement yang bersesuaian boleh membantu dalam merawat kulit wajah. Kalau nak tahu, Shaklee ada jawapan untuk masalah kulit berjerawat dan mempunyai tompok hitam..








Vitamin B Compleks
 yang telah dilengkapkan dengan 8 B bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon selain ianya penting untuk pembinaan sel darah merah juga bertindak sebagai "spark plug" bagi menukarkan gula kepada tenagayang mencukupi.

Vitamin E sangat-sangat terkenal sebagai agen anti penuaan iaitu melambatkan proses penuaan. Selain antioksida yang terdapat didalamnya yang lebih hebat dari vitamin C, ia sangat bagus untuk mengelakkan abnormal sel daripada berlaku.

Vitamin C pula merupakan vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk antibodi, membantu dalam menganjalkan salur darah, kolagen, kecantikan dan untuk kesihatan yang lebih optimum.

Selain itu, amalan meminum air masak/ kosong/ dengan banyak dan secukupnya bergantung kepada berat badan kita amat membantu dalam proses penyerapanVitamin-vitamin yang kita ambil. Kurangkanlah pengambilan air manis atau yang tinggi kandungan gulanya agar penyerapan vitamin berlaku dengan baik dan lebih optimum.


Bagi mereka yang tiada masalah kulit dan kulit normal, pengambilan set D ini membantu anda kelihatan muda jelita.

Bagi yang berminat boleh hubungi saya ye:

Azzah (ID:1076245)
sms/wassap 0126247358
http://www.facebook.com/vitaminsbeauty

ESP Shaklee

Apakah itu  ESP Shaklee??

AssalamualaikumWBT..


Alhamdulillah, berkesempatan nak menulis disini sambil menyiapkan sedikit homework.. Walaupun sibuk bebenor tapi saya  tetap usahakan masa..

Apakah itu ESP Shaklee?



Keunikkan ESP Shaklee adalah kerana mengandungi bahan berikut berbanding produk protein soya yang berada dipasaran. Ini adalah kerana Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.


Jika anda nak tahu, Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia. So memang terserlahlah kebaikkan dan faedah serta uniknya Energing Soy Protein Shaklee. Jom kita share serba sedikit keunikkannya :

Kekal Muda 
– Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga dan sentiasa ceria dalam apa jua keadaan. Mesti seronokkan, merasa bertenaga selalu??

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajad
– Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. So kalau pengambilan yang dicadangkan diamalkan sebaiknya, insyaAllah dengan izin Allah kita semua sihat  tanpa penyakit yang tidak diingini.. mencegah sebelum parah lebih baik bukan.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki dan Rahim Perempuan
- genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat. InsyaAllah dapat membantu serba sedikit masalah kesukaran hamil. =)

Kulit berseri dan anjal 
– Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut. Yang ini semestinya bukan kaum hawa sahaja menggemarkannya, tetapi kaum adam pun tak kurang juga penjagaan kecantikan kulit.betul tak??

Pemberi tenaga segera 
– Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi 
– Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori 
– Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya. So kalau ada anak yang sedang membesar, nak dapatkan minda cergas boleh amalkan ESP =)


Kalau ada sesiapa berminat nak dapatkan esp bolehla hubungi saya ye:

Azzah (ID:1076245)
sms/wassap 0126247358
http://www.facebook.com/vitaminsbeauty




Cantik tanpa jerawat/jeragat

Rahsia Kulit Cantik Tanpa Jerawat/Jeragat.. Perlukan Vitamin E



Assalamualaikum...

Nak share sedikit info berkaitan Keperluan Vitamin E dalam tubuh badan. Kalau nak tahu semakin bertambah usia kita semakin banyaklah yang perlu kita jaga. So sebelum terlewat baiklah awal lagi kita menjaganya.

Bila usia meningkat sedikit demi sedikit dan kulit kita kerap terdedah dengan pancaran matahari dan juga cahaya lampu (ye.. cahaya lampu juga mengandungi sinar UV ye kengkawan) Jeragat yang seakan-akan tahi lalat akan tumbuh dimuka. Mungkin kita rasa owh, tahi lalat tumbuh baru.. sebenarnya tidak. Jeragat merupakan penyakit kulit yang tidak membahaya tetapi menjadikan kulit kita kusam dan tidak bermaya. Selain jeragat, kesan hitam di bahagian celah yang terselindung juga mudah terjadi sekiranya kekurangan Vitamin E dalam tubuh.

Selain dari penjagaan luaran seperti membersihkan wajah, penjagaan dalaman juga perlu untuk mengelakkan jeragat. Macamana caranya??? Dengan pengambilan supplimen tambahan vitamin E. Vitamin E sangat baik untuk mengelakkan jeragat atau kulit kusam.

So kat sini, umi nak cadangkan korang supaya mengambil vitamin E.. heheh.. Vitamin E ada banyak pengeluar vit E dan jangan sampai tersalah beli ditakuti memudaratkan diri. Pengambilan Vitamin E terbaik adalah dari Vitamin E semulajadi dan bukannya Sintetik. Nak tahu umi amik Vitamin E dari mana?? tentunya dari Shaklee kerana Shaklee sendiri sebagai pengeluar sentiasa membuat kajian bagi Vitamin E supaya hasilnya Optimum kepada pengamalnya dan terbaru Shaklee telah mengeluarkan Vitamin E dengan Formula terbarunya Vita-E Complex with Grape Seed Extract.




 Kebaikan Vitamin E Complex ini adalah:

  • Membantu kesihatan Otak, mata dan KULIT
  • Melambatkan proses PENUAAN
  • Menyinngkirkan RADIKAL bebas
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Mengurangkan radang (inflamatory)
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan
Kenapa Biji anggur digunakan oleh Shaklee bagi mengoptimumkan hasil Vitamin E kepada pengguna? Kerana didalam Biji anggur mempunyai Minyak yang dipanggil Oligomeric Proantho Cyanidin (OPC) yang lebih tulin berbanding fitonutrien yang lain


Apa itu OPC?

• OPC's ialah antioksida yang utama dan penting
• Bertindak melindungi tisu-tisu dan pelbagai kecederaan oksidatif
• Mempunyai kekuatan lebih 50 kali lebih daripada Vitamin E dan 18.4 kali lebih
kuat dari Vitamin C
• Menghalang dari radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel.
Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC merupakanbahan antioksida dan unsur
semulajadi penting yang terdapat di dalam biji anggur. OPC diklasifikasikan
dalam kumpulan polifenol yang terdiri daripada flavoid dan flavanol istimewa. Di
dalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak bertoksid. Di samping itu, OPC amat
kaya dengan protein terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama terhadap
pembentukan sel dan tisu. Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada
Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan,
berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur.
Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna.
Kadar dos penggunaan harian yang sesuai adalah antara 100 hingga 150 mg sehari.

Kalau nak tahu, Vitamin E Shaklee ni juga bole dibuat masker.. alhamdulillah... jimat lagi duit  tak payah beli masker plak hanya dengan Shaklee sahaja... Nak kulit cantik, kene la usahakan? Macam orang nak pandai, kena lah berisaha menelaah buku. Apakata kita jaga diri kita untuk suami, tak salah kan? Alhamdulillah, setakat ni saya makan, kulit kelihatan bermaya dan jeragat mulai kelam dan hilang warna kusam tu..


So kalau sesiapa yang nak amik suppliment kulit yang ringkas dan berbaloi, boleh la dapatkan Vitamin E Shaklee dari saya ye:.

Azzah (ID:1076245)
sms/whatssap 0126247358
http://www.facebook.com/vitaminsbeauty