Khamis, 21 November 2013

Sembelit??

Adakah anda tahu apa itu sembelit?


Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengerang (straining), sakit sewaktu buang air,  dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering.

Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh individu yang menghadapi sembelit untuk menyelesaikan masalah mereka? Ini penyelesaiannya :


Apa itu Herblax?

Herblax diperbuat daripada 9 jenis herba semulajadi yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut secara semulajadi. Jadi, Herblax adalah cara DETOX yang selamat.

Siapa yang perlukan Herb Lax?
1)      Lelaki dan wanita
2)      Mereka yang dalam proses pembuangan lemak
3)      Mereka yang ada masalah pencernaan
4)      Mereka yang ingin menjaga kesihatan usus

Kebaikan Herblax
1)      Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
2)      Membantu masalah sembelit
3)      Mengempiskan perut

4)      Membuang toksin


Ingin mencuba?? jangan segan silu untuk hubungi saya

Azzah (ID:1076245)
sms/whatsapp 012-6247358
fanpage : Supplement/Vitamins Beauty

Rabu, 20 November 2013

Tazkirah Pagi...Mood Insaf

Assalamualaikum.....salam sejahtera, semoga kita semua di rahmati Allah....Ameen


Hari ini saya  nak berkongsi tazkira ringkas  tapi impaknya terlalu besar dalam kehidupan kita seharian,
semoga kita sama-sama dapat menghayatinya.....
Mari kita renungkan Tazkirah yang penuh bermakna ini.....


Rasulullah SAW bersabda...

" Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayat Ku"

"Jangan baring ketika AZAN nanti jenazah kita berat"

"Jangan berkata-kata semasa AZAN, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika 
 Saratul Maut"


       5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan kesihatan,.....
       AL-QURAN ada mengajar kita menjaga kesihatan & membuat amalan  
       seperti berikut......

  • MANDI PAGI SEBELUM SUBUH atau sekurang-kurangnya 1 jam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan kita, boleh mengurangkan lemak yang terkumpul, kita boleh melihat orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakkan badan mereka TIDAK GEMOK.


  • Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas AIR SEJUK (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah jauh daripada penyakit (susah nak kena penyakit). Jadi marilah kita amalkan untuk meminum air sejuk di pagi hari sebelum/selepas Solat Subuh.


  • Waktu subuh di sunatkan kita BERTAFAKUL (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelakkan daripada sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam salur darah dikepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan BERSUJUD maka darah akan mengalir diruang berkenaan.


  • Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi SAW pernah menegah kita makan ikan bersama ayam.Dikhuatiri akan cepat dapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ION+VE, manakala dalam ikan mengandungi ION-VE, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadilah tindak balas BIOKIMIA yang terhasil yang boleh merosakkan USUS KITA.Orang Yahudi suka makan ikan tanpa bercampur dengan makanan yang berasaskan ayam.


  • Nabi SAW juga mengajar kita makan dengan tangan kanan & bila habis makan hendaklah menjilat jari. Bagitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda drp terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis bahan pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

            Sabda Nabi SAW ILMU itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu
            demi kebaikkan InsyaAllah , ALLAH akan menggandakan 10 kali 
            kepadanya.

            Mari kita Istiqamah amalkannya semoga InsyaAllah kita menjadi  
            Muslimin & Muslimah yang berjaya di DUNIA & AKHIRAT ......Ameenn

Entry Sedih : 'Mana Mak'


MANA MAK ..... 
" Before baca, sila sediakan Tisu " :)

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.







Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.






Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.



Tips Kempiskan Perut Buncit

TIPS KEMPISKAN PERUT BUNCIT



Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.
Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.
Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah  mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

- di sini saya sarankan ambil produk Shaklee iaitu ESP 

5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

- supplement yang dicadangkan adalah Herb-Lax dari Shaklee jugak hehehehe


7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


Aku ingin cantik ^__^

Kesedaran Tentang Kecantikan dan Kesihatan ^^__^^




semenjak dua menjak  ni, saya  sangat concern pasal kesihatan dan kecantikan diri. To be honest, mestilah pasal kecantikan yang kita lebihkan, kan?

dulu boleh bersiap nak pergi kerja without even looking at the mirror pun. sekarang ni, serba serbi  belek depan cermin. bila kita dah makin teliti, makin banyak lah flaw yang kita jumpa kat diri sendiri.

parut, dark skins and dry skins are everywhere suddenly.
perlahan-lahan googled up supplements and creams or gels to repair my skin.
try jugak cari supplement tapi mostly semua mahal2, dengan gaji yang ciput je hmmmm...termenung sejenak.

lately muka senang sangat naik jerawat and the pimple left such ugly dark spots. jerawat tu sudahlah satu hal, kesan jerawat tu satu hal lagi nak hilangkan.
and all those dark areas and I need to lighten up, sheesh, so much work to be done.
susahnya jadi perempuan.haha.padahal dulu tak pernah kisah pun.haha

Akhirnya setelah menggoogle almost every day barulah ketemu...jeng, jeng, jeng



yes..vitamin Shaklee hehehehe..untuk kulit yang sihat dan cantik gitu..masih lagi dalam budget poket (lau tak cukup budget pun takpa, boleh je bincang mengikut kesesuaian $$$$).

Apakah kebaikan Set Vitamin Kecantikan Shaklee ni?? jom kita tgk....


malas nak taip panjang2 hehehe..jadi kepada sesiapa yang rasa nak cuba set ni boleh hubungi saya saja:

Azzah (ID:1076245)
sms/whatsapp 012-6247358
fanpage fb: supplements/vitamins beauty

Ahad, 17 November 2013

Tips Atasi Selera Makan

Tips Mengatasi Perasaan Ingin Makan

Nafsu makan atau pun perasaan sentiasa rasa ingin makan atau lapar adalah saling berkait.Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi situasi tersebut, antaranya disebabkan oleh kesihatan atau faktor penyakit. Antara penyakit yang menyebabkan keadaan cepat lapar ialah penyakit gastritis atau masalah ulser perut.

Masalah lain yang berkaitan dengan keadaan ini termasuklah penggunaan dadah, antibiotik, pil hormon termasuk methamphethamine, masalah hormon seperti terlebih hormon tiroid, penyakit kencing manis, kurang tidur, bulimia, masalah parasit seperti cacing pita, pre-menstrual mode dan sebagainya. Jadi, menyedari betapa banyaknya punca dan faktor keadaan cepat lapar dan makan berlebihan ini, adalah lebih baik sekiranya individu itu menjalani pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya.
Seandainya tiada masalah kesihatan yang berkaitan, mungkin kita boleh mengikuti tips berikut tentang bagaimana untuk mengawal perasaan lapar, makan berlebihan di samping membantu mengawal berat badan:

# Lebihkan makanan yang mengenyangkan

      - Buah dan sayur adalah makanan yang kaya dengan kandungan air dan serat yang boleh mengenyangkan anda dengan cepat. Disyorkan anda memakan buah atau sayuran terlebih dahulu sebelum memakan nasi.

# Makan lebih protein

     - Diet yang kaya dengan protein akan lebih mengenyangkan. Dengan syarat, sumber protein itu tidak boleh mengandungi lemak yang tinggi seperti daging kambing, organ dalaman, makanan laut dan sebagainya yang perlu dielakkan. (hmmm tau kan sumber protein yang sedap dan menyihatkan???? Tentulah Energizing Soy Protein (ESP) daripada Shaklee...... hehehehe)

# Kurangkan makanan berlemak dan air berkabonat

     - Kajian menunjukkan tikus makmal yang diberi makan makanan yang berlemak akan menyebabkan hormon yang memberi rasa kenyang tidak lagi berfungsi. Cuba amalkan minuman jus buah segar atau pun susu rendah lemak.

# Makan kudapan secara bijak

     - Makan kudapan secara sedikit demi sedikit di antara waktu makan. Ini akan mengurangkan selera anda yang besar ketika ingin makan malam contohnya. Tetapi.... anda perlu memilih kudapan secara bijakseperti kekacang, keju atau pun makanan yang kaya dengan protein.

# Kunyah secara perlahan dan fokus terhadap makanan

    - Kunyah dan nikmati makanan anda selama 20 minit. Selalunya selepas itu, anda akan terus berasa kenyang dan tidak ingin meneruskan untuk makan lagi. Jangan makan sambil menonton televisyen atau membaca buku kerana tanpa fokus anda akan mengunyah dengan laju dan tidak sedar anda sudah makan dengan banyak. Cara lain ialah....... ambil saiz hidangan yang kecil dan secukupnya sahaja.... (jangan tamak)!!

# Minum air dengan banyak / Minum sebelum makan

     - Minum 15 minit sebelum makan dan bukannya semasa makan. Ia akan mengurangkan selera anda makan serta menghalang perut buncit. Hehehe air kosong tau!!!

Okey, itulah dia tips-tips yang saya perolehi dan telah diedit serba sedikit daripada sumber majalah harmoni.

Daripada sudut alternatif, saya ingin mengesyorkan beberapa produk Shaklee yang boleh membantu masalah nafsu makan dan cepat lapar ini...

Antara produk Shaklee yang terbaik untuk masalah ini ialah:

1. Energizing Soy Protein (ESP) - mengenyangkan dan meransang metabolisme badan sekiranyadi ambil seawal pagi ketika perut kosong. Esp bukan sahaja mengenyangkan dengan rasa soya yang enak tetapi juga bermanfaat kepada kulit dan kesihatan keseluruhan.

2. Cinch - Mengawal selera makan dan cepat mengurangkan lemak badan. Cinch diperkayakan dengan leucine yang boleh membakar lemak dan mengekalkan otot, maka akan menghalang badan daripada menggeleber dan gemuk semula setelah kurus.

jika anda berminat untuk membeli produk dan mendapatkan konsultasi secara percuma boleh lah menghubungi saya:

Azzah (ID:1076245)
sms/whatssapp 012-6247358

Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum...

Hmmm dah lama tak update blog..maklum lah kerja banyak sangat kat pejabat kat rumah pun sama sampaikan tak sempat nak update.  Tapi, sesibuk mana pun kawan kita mesti jaga kesihatan kita betul tak? dalam kesibukan itu juga, sempat lagi melayan karenah customer hehehe...

Al kisahnya suatu hari tu, ada seorang member kepada member bertanya 'ada ke supplement atau vitamin yg boleh membantu saya untuk hamil?' kesian member ni sebab dah setahun lebih berkahwin masih tidak mempunyai zuriat..sy bgtahu 'ya, dah tentu ada..Shaklee ada set untuk kesuburan..mgkin awk boleh mencuba set ini mana tahu Allah akan membantu mereka yang berusaha'.

Kenapa saya cadangkan Set Kesuburan Shaklee?? jom kita tgk apa kebaikannya...



Zink Shaklee


Zink dirumuskan daripad glukonat semulajadi bergabung dengan nutrient semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menjadikan zink mudah diserap oleh tubuh badan kita.

Bagaimana Zink membantu Kesuburan Lelaki


  1. Zink meningkatkan dan memperbaiki seks lelaki iaitu dengan meninggikan 
      kualiti dan bilangan sperma 
  2. Pengambilan zink yang secukupnya meningkatkan keupayaan seks dan lebih bertenaga. 
  3. Membaiki masalah prostat dan penyembuhan benign prostatomegaly. 
      Menurut kajian dilakukan, pengambilan zink berterusan mampu mengurangkan 
      pembengkakan prostat hingga dalam kadar 70%. 
  4. Membantu mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran seperti luka 
      pembedahan.   
Set Kesuburan Suami Isteri


Kekurangan Zink kepada Lelaki menyebabkan:

  1. Kematangan organ seks yang lambat 
  2. Impoten 
  3. Perkembangan yang kecil untuk testikel 
  4. Bilangan sperma yang rendah dan kurang berkualiti 
  5. Fungsi untuk seksual merosot

GLA

GLA adalah Gamma Linolenic Acid yang mengandungi asid lemak Omega-6 tak tepu. GLA Shaklee digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Untuk lebih mengetahui boleh rujuk entri GLA Shaklee.

Bagaimana GLA membantu Kesuburan Wanita.

GLA bertindak untuk membantu wanita menghasilkan lendir servik yang berkualiti untuk subur yang berwarna keputihan seperti putih telur . Kadang-kadang ia seperti datang keputihan.

Setiap sebulan dalam satu kitar period cecair lendir ini akan terhasil untuk melambangkan kesuburan namun tidak semua orang akan menghasilkan lendir “subur” itu.

Disini la peranan GLA untuk memastikan kesuburan iaitu apabila  sperma berenang melalui uterus hingga ke tiub fallapio untuk mendapatkan telur ovum untuk disenyawakan. GLA ini untuk membantu sperma hidup dalam tiub fallapio untuk tempoh hingga ke 5 hari. 


Kebaikan GLA

   1. Membantu mengurangkan sengugut 
   2. Membantu mengawal paras hormon wanita 
   3. Membantu kitar haid kembali normal. 
   4. Membantu mengurangkan keradangan seperti sengal-sengal.  

Energizing Soy Protein (ESP)
ESP adalah kacang soya yang mengandungi non-gmo yang mana diproses pada kadar suhu rendah.Di proses dengan air bagi mengekalkan sumber semulajadi isoflavones seperti genistein dan daidzen.Setiap 850 dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
1.Merupakan makanan asas untuk pastikan sel-sel dalam badan sihat dan sempurna.
2.Memastikan sel ovum dalam keadaan sihat bagi persenyawaan.


Vitamin E
Mengandungi Vitamin E dan Selenium dengan Esktrak biji anggur dengan protien,lipid,karbohidrat dan polifenol.

1.Kuasa antioksidan polifenol ini adalah 20 kali lebih baik dari Vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada Vitamin C. Minyak biji anggur ini amat berkesan untuk mengatasi masalah kanser serta awet muda, menguatkan sistem imun badan, turunkan paras kolestrol dan halang pembekuan darah beku serta melambatkan penuaan.
2.Salah satu Phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah Oligomoric Proanthi Cyannidin (OPC) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yang lain. OPC ni memelihara tubuh badan dari penuaan sebelum tiba masanya dan membantu kulit lebih elastik.
3.Meningkatkan kesuburan dengan mengurangkan radikal bebas yang merosakkan sperma.
4.Vitamin E dan Selenium membantu meningkatkan kualiti sperma dan memberi kebaikan serta faedah, terutamanya dalam pergerakan sperma
5.Selenium sangat berkuasa mengurangkan pembengkakan prostat dan mengekalkan kesihatan salur darah.

B-Complex
1. Dilengkapi dengan Asid Folic yang membantu dalam  merancang kehamilan
2. Membantu dalam mengawal masalah tekanan dan keletihan selepas penat bekerja seharian


jika anda juga ada masalah seperti member saya tu dan jika anda berminat untuk mencuba boleh lah menghubungi saya untuk tujuan konsultasi dan juga harga promosi:

Azzah
sms/whatssap 012-6247358