Cara Mengatasi PMS
Setiap bulan pasti ada satu-satu
waktu yang membuatkan wanita cepat letih, nampak lesu, pening kepala yang melampau
atau menjadi cepat marah dan terlalu sensitif. Itulah waktunya wanita mengalami
Premenstrual Syndrome (PMS). Walaupun tidak tahan dengan keadaan ini, selagi
kitaran haid masih berjalan, PMS harus anda tempuh. Tetapi ada cara untuk
mengurangkan PMS yang melanda.
Kurangkan Pengambilan Kafein
Sememangnya sukar untuk anda
meninggalkan kopi pada waktu pagi tetapi sekiranya anda tidak tahan dengan
keadaan yang anda alami ketika PMS, kurangkanlah pengambilan kopi, teh atau air
yang berkarbonat. Pilihlah minuman yang tidak mengandungi kafein supaya gejala
PMS bulanan dapat dikurangkan.
Teh Chamomile
Selain daripada teh hijau, teh chamomile juga
banyak kebaikannya. Ia mempunyai khasiat yang boleh melegakan kekejangan otot
sekali gus dapat mengurangkan senggugut. Pada masa yang sama, chamomile dapat
mengurangkan tekanan dan ini membantu perubahan mood anda
ketika PMS. Ambillah teh chamomile sekiranya tarikh datang
bulan sudah menghampiri.
Good-mood Advice
Ikut sahaja nasihat yang diberi
oleh pakar untuk mendapatkan mood yang baik seperti bersenam
dan makan dengan betul dengan mendapatkan protein dan karbohidrat yang cukup
penting untuk mengatasi masalah perubahan mood ketika PMS. Apa
yang anda makan memang akan mempengaruhi mood anda. Elakkan
makanan yang masin dan kurangkan garam di dalam lauk yang dimasak kerana ini
akan menyebabkan perut kembung dan water retention ketika PMS.
Tidur Dengan Sempurna
Pertukaran hormon membuatkan
wanita sukar untuk tidur dan ini akan menjadikan mood mereka
semakin teruk. Untuk itu sangat penting untuk wanita mendapatkan tidur selama 7
sehingga 9 jam setiap malam untuk mengimbangi mood mereka.
Sekiranya gagal untuk tidur selama 7 jam, ambil sedikit masa untuk lelap
sebentar di waktu siang walaupun hanya selama 10 minit.
Makanan Tambahan
Sekiranya sukar untuk anda
mempraktikkan cadangan di atas, apa kata cuba berbincang dengan ahli farmasi
untuk mengambil makanan tambahan yang sesuai untuk anda supaya gejala PMS ini
dapat dikurangkan. Banyak vitamin khas untuk wanita terjual bertujuan untuk
membantu mereka mengatasi gejala PMS yang melampau.
Vitamin yang terbaik adalah dari Shaklee. Antara vitamin yang boleh diambil ialah:
Berminat?? Hubungi sy:
Azzah (ID:1076245)
sms/whatssapp 012-6247358
Tiada ulasan:
Catat Ulasan