Cara Makan Vitamin Shaklee
Baiklah, secara amnya, saya mencadangkan pengambilan suplemen adalah pada waktu malam. Kenapa?
Kerana secara teorinya, vitamin2 ini akan mudah diserap oleh badan semasa tubuh kita dalam keadaan rehat. Jadi masa tidurlah masa yang terbaik kan? Tapi saya pasti, tak semua orang berkesempatan untuk mengambil vitamin just right before sleep. Macam saya jugak, nak tidurkan anak dengan saya sekali konfem tertidur jugakla. Hehe..
Jadi, untuk menyenangkan jadual kita, kita cuma perlu alertkepada beberapa rules. Ikut je rules ni, insya Allah selamat.
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
LECITHIN : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.
APA YANG TIDAK DIGALAKKAN
1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin Ekerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
4. JANGAN Mengambil suplemen bersama minuman berkafein kerana inaya mengurangkan kadar penyerapan suplemen secara efiesien!
Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.
CADANGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE
Waktu
|
Cadangan Pengambilan
|
Pagi
|
B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
|
Minum Pagi
|
ESP
|
Tengah Hari
|
Vitamin C dan Alfalfa
|
Minum Petang
|
ESP
|
Makan Malam
|
Lecithin/Kalsium/Vitamin E
|
Supplement
|
Cadangan Pengambilan
|
Zinc
|
Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
|
Nutriferon
|
Seminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
|
Meal shake
|
Boleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
|
Alfalfa
|
Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.
|
Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.
|
Mudahkan? Apa-apa pun, jadual pengambilan vitamin dan supplemen ini hanyalah panduan kepada anda semua namun kesesuaiannya masih bergantung kepada individu..
Selamat mencuba!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan