Isnin, 25 November 2013

Kebaikan Penyusuan Ibu

Kebaikan Penyusuan Badan Buat Ibu

Ramai wanita sudah jelas mengenai kebaikan susu ibu namun begitu, akibat kesibukan, setelah habis berpantang, ramai yang menghentikan aktiviti penyusuan badan. Mungkin selepas membaca kebaikan susu ibu untuk si ibu sendiri, pasti ramai wanita yang mula mahu terus mengamalkan penyusuan ibu kepada anak-anak mereka.







1. Menurut kajian, penyusuan ibu mampu membakar 500 kalori sehari. Bagi wanita yang mengamalkan penyusuan badan, tubuh badannya akan kembali ke bentuk asal dengan cepat atau semakin cantik kerana proses penyusuan badan mampu membakar lemak si ibu.

2. Wanita yang aktif menyusukan anaknya boleh mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, rahim dan osteoporosis.

3. Setiap kali menyusukan anak, badan ibu akan merembeskan hormon oxytocin yang merendahkan tekanan darah sekali gus memberikan ketenangan kepada si ibu ketika menyusukan anaknya.

4. Hormon oxytocin turut membantu mengecutkan uterus ibu kepada saiz normal dan pada masa yang sama mengempiskan perut ibu dengan lebih cepat.


5. Kepada yang merancang keluarga, penyusuan badan melambatkan proses ovulasi sekali gus menghalang si ibu daripada mengandung.






berminat?? Hubungi sy:

Azzah (ID:1076245)
sms/whatssapp 012-6247358

Tiada ulasan:

Catat Ulasan